Thursday 6 October 2011

PERPULUHAN.

Perpuluhan sangat mirip dengan pecahan. Perbezaannya ialah bahagian penyebutnya selalunya hanya melibatkan nombor-nombor 10, 100, 1000 dan lain-lain. Dalam perpuluhan, symbol titik (.) digunakan. Simbol titik ini bertujuan untuk memisahkan angka perpuluhan daripada setiap nombor bulat di sebelah kiri titik perpuluhan. 


Dalam menulis dan penyebut perpuluhan, satu perkara yang harus ditekan ialah nombor bulat iaitu nombor yang terletak di sebelah kiri titik perpuluhan dibaca seperti biasa seperti satu, sepuluh, seratus sebaliknya nombor yang terletak di sebelah kanan titik perpuluhan iaitu nombor perpuluhan dibaca satu persatu seperti enam, satu enam, enam dua satu. Lihat contoh:

Contoh-contoh lain:
0.4 - dibaca sifar perpuluhan empat 

0.04 - dibaca sifar perpuluhan sifar empat
1.4 - dibaca satu perpuluhan empat
1.14 - dibaca satu perpuluhan satu empat
11.14 - dibaca sebelas perpuluhan satu empat

PERATUS dalam kehidupan seharian.

Antara kegunaan peratus dalam kehidupan seharian ialah :

1. Sewaktu membeli-belah , kita akan melihat tanda peratus yang mewakili potongan harga barangan tersebut.



2.Terdapat papan tanda yang menunjukkan peratus dan kadar ketinggian kenderaan yang dibenarkan.






3.Manakala disekolah pula markah ujian dan peperiksaan kita juga menggunakan konsep peratus.


PERATUS dalam kehidupan seharian.

Antara kegunaan peratus dalam kehidupan seharian :


PERATUS


Peratusan ialah cara menyatakan nombor sebagai sebuah pecahan daripada 100 (peratus bermaksud per seratus). Ia sering ditandai dengan tanda peratus, %.

Sebagai contoh, 56% (dibaca sebagai "lima puluh enam peratus") sama dengan 56 / 100 atau 0.56.

Pautan ke laman yang berkaitan dengan peratus :


Wednesday 5 October 2011

PERPULUHAN dalam kehidupan seharian.

Perpuluhan juga mudah untuk dijumpai dan dilihat. Ianya berkait rapat dengan kehidupan seharian kita.

1. Sewaktu kita mendengar radio , kita akan set frekuensi yang merupakan nombor perpuluhan.



2.  Kita menimbang berat badan kita juga melibatkan perpuluhan.
3. Penggunaan dan pengiraan duit dalam kehidupan seharian.


PECAHAN dalam kehidupan seharian.

Kegunaan PECAHAN dalam kehidupan seharian amat meluas diantaranya :

1.Sewaktu kita melihat jam pada waktu 7.30pagi , tetapi kita menyebutnya sebagai
'' Tujuh setengah pagi''
Menunjukkan bahawa 30minit merupakan 1/2 daripada 1jam.


2. Kita menggunakan pecahan sebagai sukatan bahan ketika memasak. Contohnya , resipi memerlukan 1/2 margerin. Dimana , 1 margerin bersamaan dengan 450g seketul.



3. Seterusnya , pecahan yang paling mudah dilihat adalah apabila musim perayaan. Bilamana kedai-kedai akan menggantungkan harga diskaun.


Tuesday 4 October 2011

Pecahan

DEFINISI PECAHAN
Baiklah murid-murid semua,cikgu akan kenalkan kepada kamu apa itu PECAHAN

Pecahan merupakan nombor nisbah BUKAN integer dan ianya merupakan pembahagian sesuatu objek atau rajah yang biasanya mewakili sebahagian daripada keseluruhan.

Pecahan berbentuk :

X dan Y ialah integer dan TIDAK BERSAMAAN dengan kosong ( 0 )
X disebut sebagai PENGANGKA
Y disebut sebagai PENYEBUT

Sebagai contoh bulatan di potong kepada 8 bahagian yang sama saiz. 3 bahagian daripada 8 bahagian bulatan tersebut dikeluarkan. Maka pecahan untuk bahagian yang telah dikeluarkan itu ialah 3/8.

Matematik (n_n)

sayasukamatematiksayasukamatematik
sayasukamatematiksayasukamatematik 
sayasukamatematiksayasukamatematik
sayasukamatematiksayasukamatematik 
sayasukamatematiksayasukamatematik
sayasukamatematiksayasukamatematik